Skip to main content
Home

19 Ditangkap Dalam Operasi Banteras Pengeboman Ikan

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeep Kumar

KOTA KINABALU, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 19 lelaki warga tempatan ditahan dalam satu operasi khas Polis Marin (PPM) di sekitar Pelantar Minyak ERB West dan kawasan perairan Pulau Mengalum, semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata berpandukan maklumat daripada orang awam, Polis Marin membuat pemantauan tiga hari dan menghantar sepasukan anggota Marin dengan bantuan dua unit bot peronda.

Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menceroboh kawasan larangan menangkap ikan dan membuat pengeboman ikan pada waktu pagi di perairan cetek.

Menurut ACP Mohamad Madun  “Mereka  bergerak ke kawasan penangkapan ikan pada waktu senja, bermalam di lokasi tersebut dan seterusnya melakukan pengeboman ikan pada awal pagi di perairan di mana terdapatnya batu karang.

Kesemua lelaki yang ditahan berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 50 tahun.

Pihak PDRM telah merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan, termasuk dua unit motor bot, tiga unit pam, tujuh unit detonator dan dua set sodium yang dianggarkan bernilai RM98,000.

Kes disiasat dibawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, Akta Bahan Letupan serta Akta Perikanan 1985.

Tinggalkan komen anda