Skip to main content
HomeViral

Festival Kuih Tradisional Melaka Sasar Dodol Terbesar Di Dunia

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hj Ramly Yusoff

MELAKA, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Orang ramai dijemput ke Festival Kuih Tradisional Melaka 2015 di Kompleks Japerum Rim, Jasin pada 5 Julai.

Pelbagai demonstrasi penyediaan kuih-kuih tradisional dan warisan sepanjang zaman akan adakan sepanjang festival tersebut.

Sebanyak 33 pasukan akan mengambil bahagian.

Acara kemuncak festival demonstrasi mengacau kelamai atau dodol tradisi yang menggunakan 11 kawah gula Melaka, dua kawah perisa durian dan satu kawah perisa pandan.

Dodol ini akan dimasukkan ke dalam ‘topong’ atau bekas dodol daripada mengkuang terbesar berukuran 2.5 kaki lebar dan 5 kaki tinggi.

Kuantiti dan saiz yang begitu besar ini diharap akan dapat melayakkan untuk penyenaraian dalam senarai The Malaysia Book of Records.

Semua kuih di pesta ini tidak akan dijual, tetapi akan diedarkan kepada golongan miskin dan warga tua sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Pesta ini anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Tourism Malaysia Cawangan Melaka.

Festival Kuih Tradisional Melaka 2015 bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

 

Tinggalkan komen anda