Skip to main content
EkonomiViral

KDN Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada The Edge Publications

By 1 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Editor

KUALA LUMPUR, 1 Julai (KEMASKINI Malaysiaaktif) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada The Edge Publications bersabit laporan-laporan spekulasi berlebihan mengenai isu syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.

Bahagian Komunikasi Korporat KDN memberitahu Malaysiaaktif dalam surat yang disampaikan kepada The Edge pada Isnin, mereka diminta memperjelaskan dalam masa tujuh hari kenapa tindakan tidak boleh diambil.

Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN.

Sebelum ini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Datuk Abdul Rahman Dahlan  berkata The Edge begitu melampau melangkau sempadan profesional  apabila menerbitkan laporan-laporan berdasarkan khabar angin  berhubung 1MDB.

Rahman yang juga seorang peguam antara ahli politik yang mengecam The Edge berikutan penangkapan warga Swiss Xavier Andre Justo oleh polis Thai bersabit dakwaan kegiatan memeras ugut.

 

 

Tinggalkan komen anda