Skip to main content
EkonomiHomeViral

Pinjaman Perumahan Penjawat Awam Dihentikan Tidak Benar

By 8 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Malaysiaaktif) — Kerajaan tidak akan bertindak menghentikan pinjaman perumahan kepada pekerja kerajaan seperti dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini.

Laporan itu turut menegaskan bahawa pinjaman itu dihentikan bagi memberi ruang untuk membangunkan kedudukan ekonomi negara.

“Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada Kementerian terlebih dahulu,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti urusan pembiayaan pinjaman perumahan sedia ada.

“Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali  sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam.”

Lembaga berkenaan akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara teliti dan turut mengekalkan syarat-syarat penting pinjaman sedia ada.

 

Tinggalkan komen anda