
Oleh Faris Fuad
KUCHING,1 Julai — PETRONAS hari ini mengumumkan sumbangan CSR sebanyak RM90 juta kepada negeri Sarawak untuk 2015 .
Menurut satu kenyataan PETRONAS hari ini, sumbangan akan digunakan untuk projek-projek pembangunan selama lima tahun.
Sumbangan tersebut diberikan untuk pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk pembangunan pendidikan, komuniti dan kebajikan serta penjagaan alam sekitar.
Antara projek yang akan dikuatkuasakan Petronas, termasuk pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Bintulu, membina dua asrama desa bagi pelajar luar bandar serta pengambilan sekolah di Lundu sebagai sekolah angkat.