Skip to main content
HomeViral

Polis Nafi Berita Whatsapp Kereta Polis Digunakan Oleh Penjenayah

By 20 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Malaysiaaktif) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi menafikan berita palsu dalam Media Sosial  dan Aplikasi Whatsapps kononnya ada sekumpulan lelaki melakukan jenayah dengan menggunakan kenderaan MPV polis.

Berita palsu itu mendakwa kenderaan tersebut meronda sekitar Ipoh, terutama kawasan Mengelembu.

MalaysiaAktif  telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Ipoh dan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, bahawa berita itu tidak benar sama sekali.

Polis juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu tersebut kerana ketidaksahihannya boleh mengganggu ketenteraman awam.

 

Tinggalkan komen anda