
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Malaysiaaktif) – Video lama yang menunjukkan betapa kecewa dan marahnya seorang bapa apabila mendapati anaknya menghabiskan masa dan wang di cyber cafe diviralkan semula.
Video tersebut mula sebarkan pada penghujung tahun lalu.
Masalah ini merupakan gejala sosial di kalangan remaja sejak beberapa tahun.
Pengendali pusat-pusat Internet beroperasi atas dasar keuntungan sahaja dan tidak pernah mengambil kira isu sosial yang membelenggu masyarakat.
Premis dibuka sehingga awal pagi melalui pintu belakang walaupun ia nyata menyalahi undang-undang
Permainan komputer memupuk ketagihan yang seterusnya boleh menyebabkan golongan remaja tersebut terdedah kepada judi siber, sebelum melangkah ke dimensi jenayah bagi memenuhi ketagihan mereka.
Masalah sosial begini meragut zaman keremajaan mereka daripada tuntutan pendidikan, selain tersasar daripada proses pembinaan Ummah yang holistik.