Skip to main content
EkonomiHomeViral

Potong Gaji Penjawat Awam Berhutang PTPTN Mula September

By 6 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA, 6 Julai (Malaysiaaktif) – Penjawat awam akan dikenakan pemotongan gaji wajib untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata inisiatif ini akan bermula membabitkan seramai 480 pegawai dan kakitangan yang telah pun dimaklumkan melalui surat rasmi daripada jabatan tersebut.

“Kami sudah kenal pasti 480 orang peminjam dan telah mengarahkan pegawai-pegawai PTPTN menguruskan pembayaran mengikut kemampuan mereka,”katanya.

Beliau berkata semua peminjam PTPTN dalam perkhidmatan awam juga sudah dikenal pasti dan nama-nama mereka akan dikemukakan secara rasmi kepada semua Ketua Setiausaha kementerian pada Jumaat.

“ Setelah nama-nama itu dikemukakan, setiap kementerian akan menjalankan sesi kaunseling untuk peminjam bersama PTPTN bagi membincangkan tentang pemotongan, “ tambah beliau.

 

Tinggalkan komen anda