Skip to main content
HomeViral

PLUS Sedia Hadapi Pertambahan Trafik Cuti Aidilfitri

By 6 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

PETALING JAYA, 6 Julai (Malaysiaaktif) ā€“ PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak RM 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada 16 hingga 20 Julai menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan menyusul tidak lama lagi.

Jumlah yang dijangka sebanyak 20 peratus berbanding hari-hari biasa.

ā€œSeperti tahun-tahun sebelum ini PLUS akan mencuba sebaik mungkin untuk memberi pendekatan baharu demi keselesaan pengguna jalan raya, terutama pada musim perayaan, di mana trafik meningkat,ā€ kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Hj Abd Hamid pada sidang media sebentar tadi.

ā€œUntuk perayaan tahun ini alhamdulillahlah kesemua lorong keempat telah siap dan akan dibuka sepenuhnya kepada semua lalu lintasā€

PLUS turut mengeluarkan cadangan waktu perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan pada hari-hari puncak di antara 16 Julai hingga 20 Julai

Pemegang konsesi lebuh raya itu turut mengeluarkan carta sebagai panduan pengguna.

 

TTA Raya 2015 Lembah Klang_Malay

 

Di antara kelainan yang diperkenalkan PLUS kali ini termasuk rebat tol di antara 30 hingga 50 peratus pada hari-hari di luar waktu puncak

ā€œKami memberi rebat tol lebih menarik berbanding sebelum ini untuk hari-hari di luar puncak supaya lebih banyak trafik menikmati rebat tol lebih tinggi…mereka boleh menggunakan lebuh raya di luar waktu puncakā€

ā€œRebat tol adalah dalam 30-50%, pada 13 Julai dan 23 Julai rebat tol adalah sebanyak 50% dan pada 14 dan 22 Julai adalah 40% dan pada hari 15 dan 21 Julai rebat tol adalah 30%,ā€ tambahannya lagi

Pengguna disarankan mendapatkan maklumat trafik terkini Lebuhraya Utara SelatanĀ  menerusi PLUS Mobile Apps, Twitter Plus Trafik atau menghubungi PLUSLine di talian 1800 88 0000

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi dan Pengurus Besar Bahagian Operasi PLUS, Hajah Norbayati Manap

 

Tinggalkan komen anda