Skip to main content
EkonomiHomeViral

Air Minuman Upin Ipin Selamat Diminum

By 18 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

SHAH ALAM, 19 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) – Air minuman Upin dan Ipin selamat diminum. Ini disahkankan kepada media oleh Pengarah Urusan syarikat Les’ Copaque production Haji Burhadnuddin Md Radzi semalam.

Namun beliau kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan isu kandungan air minuman Upin dan Ipin yang dikatakan mengandungi dadah jenis Ketamin.

Menurutnya, sindiket yang mengedarkan ketamin dalam botol air Upin dan Ipin telah pun ditumpaskan oleh pihak polis. Air yang mengandungi dadah itu hanya dijual kepada penagih-penagih sahaja dan bukan di pasaran. Tambahnya, botol-botol yang digunakan ialah botol yang telah digunakan semula.

 

LC2_9515

 

Tegas beliau, “Semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum dan masyarakat tidak perlu lagi meragui kesahihan tentang kandungan air minuman itu yang dijamin selamat”.

Pihak polis juga telah mengesahkan memang tiada kandungan dadah dalam minuman itu. Air Upin dan Ipin diperbuat di kilang dan diedarkan oleh pengedar tunggal ke seluruh negara dan ianya tidak tercemar.

Minuman Upin dan Ipin dengan pelbagai perisa seperti epal, blackcurrent dan oren, kini masih boleh didapati di pasaraya tempatan seperti Mydin, stesen minyak Petron dengan harga bermula dari RM2.50 hingga RM3.70.

Produk minuman ini juga dijangka bakal menembusi pasaran antarabangsa, Jakarta dan Batam, Indonesia serta Brunei Oktober ini.

 

Tinggalkan komen anda