
Oleh Fauziah Hussain
KUALA LUMPUR , 8 Ogos (Malaysiaaktif) Ā – ‘Jangan terlalu ghairah menggunakan laman sosial untuk cetus perkara boleh merosakkan perpaduan.
Demikian fokus ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup ketika merasmikan sambutan Minggu Perpaduan dan Semarak Jalur Gemilang 2015 peringkat WPKL di Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi.
Beliau menegaskan pengekalan perpaduan dan keharmonian dengan cara kembali kepada prinsip Rukun Negara yg semakin dilupai, terutama di kalangan generasi muda.
Beliau mengingatkan supaya jangan dijadikan kepelbagaian sebagai halangan untuk mengukuhkan perpaduan.
Dalam pada itu beliau juga menyarankan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan di media sosial.
Antara aktiviti sehingga pukul 5.00 petang, termasuk Ekspedisi Motothon Kibar Jalur Gemilang, Pameran Slogan Perpaduan, dan Pameran Kebudayaan.