Skip to main content
HomeViral

Keluarga Penting Susulan Budak 11 Tahun Beranak

By 8 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berpendapat keluarga memainkan peranan penting dalam menangani insiden membabitkan perempuan 11 tahun yang melahirkan anak di Bahau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Beliau menarik nafas lega apabila mengetahui keluarganya telah mengambil pendekatan positif menangani insiden itu

“Dia mendapat sokongan keluarga, dan saya amat bersyukur ibu bapanya menyatakan kesediaan menerima anak dan bayinya sekali” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Tak payah sisih dan buang, kerana ia sesuatu yang telah berlaku dan kita ambil iktibar.”

“Yang penting ibu dan bayi selamat, dan mereka bersama-sama mendapat perlindungan dan kasih sayang daripada keluarga”

“Kami ada rumah perlindungan dan kami memastikan kami akan menjaga gadis tersebut sehingga dia bersalin,” tambah beliau.

Sebelum ini, kanak-kanak tersebut dibawa ke sebuah klinik swasta di Pekan Bahau, Negeri Sembilan oleh neneknya selepas mengadu sakit perut dan disahkan mengandung.

 

 

Tinggalkan komen anda