Skip to main content
GlobalHomeViral

Misi Mencari Serpihan MH370 di Pulau Reunion Dihentikan

By 18 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Operasi pencarian serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam.

Misi tersebut dihentikan ekoran gagal memperoleh serpihan baru.

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera, pencarian selama sepuluh hari di Pulau itu yang melibatkan pesawat tentera, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menemui sebarang serpihan lagi.

Polis berkata objek yang dihanyutkan, termasuk botol air telah pun diserahkan kepada pasukan penyiasat dan akan dikenal pasti sama ada ia boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Sementera itu,  Reuters memaklumkan bahawa pasukan khas itu akan mengambil langkah bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan memperoleh penemuan baharu.

Sebelum ini, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370.

 

Tinggalkan komen anda