
Oleh Dila Khamde
Putrajaya, 18 Ogos 2015 (MalaysiaAktif)Ā ā Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Ā Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada 24 Ogos ini.
Majlis bertemakan āRaikan Kegemilanganā itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
āMajlis memberikan pengiktirafan kepada wanita atas sumbangan mereka dalam pembangunan dan kemajuan negara,ā Ā kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Ā Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di perhimpunan bulanan KPWKM pagi tadi.
āIa juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat umum, khususnya wanita akan isu, peluang , cabaran, mengambil kira pandangan dan harapan serta menyebarluaskan pencapaian Dasar Wanita Negara (DWN)ā
Program akan diserikan dengan aktiviti menarik seperti Forum, Pameran Berinformasi, Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita serta Penyampaian Watikah Pelantikan Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).