Skip to main content
HomeViral

SM Teknik Tuanku Ja’afar Johan PTPR 2015

By 26 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan diumumkan sebagai johan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) 2015, sekali gus mewakili Malaysia ke Forum Agensi Serantau  Asia-Pasifik (APRSAF-22) Acara Roket Air di Bali, Indonesia pada 28 dan 29 November .

SMK Beseri, dan Maktab Rendah Sains (MRSM) Kubang Pasu turut terpilih dalam misi mempertahankan kejuaraan yang diraih Malaysia tahun lalu.

Sebanyak 19 buah sekolah menyertai PTPR 2015 ke-13 semalam yang berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya.

IMG_1065

 

Pertandingan tersebut anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologidan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM), Kolej SPACE dan Astronautical Association of Malaysia (AstroX) serta Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dr. Zulkifli Mohamed Hashim, pertandingan kali ini memperkenalkan model Solid Fuel Rocket yang mencabar kemampuan pelajar untuk membina model roket air.

Tambahnya, seiring dengan evolusi zaman dan peredaran masa hasil kreativiti dan inovasi para pelajar ini bakal mewarnai bidang sains.

Program PTPR 2015 ini selaras dengan usaha MOSTI dalam membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kalangan masyarakat.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda