Skip to main content
HomeViral

Tengku Ibrahim Terengganu Meninggalkan PAS

By 3 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Tengku Ibrahim Ismail yang menjadi ahli PAS sejak 2012 sudah meninggalkan parti itu dengan alasan mereka telah ‘hilang arah.’

Menurut laporan akhbar The Star tengah hari tadi, ayah saudara kepada Sultan Terengganu yang menyertai PAS sebagai ahli biasa itu berkata keputusannya untuk keluar PAS disebabkan perbalahan dalaman selain dengan PKR dan DAP.

“Ideologi parti-parti politik di Malaysia, terutama PAS sudah terbabas. Pada waktu UMNO dan lain-lain parti semakin maju, PAS sebaliknya gagal untuk menggunakan keadaan sebaik mungkin.”

“Malahan, parti itu terperangkap dalam kancah perbalahan di antara sekutunya. PAS gagal meraih peluang untuk memperkasakan parti,” kata beliau kepada pemberita di kediamannya di Batu Buruk di sini.

Tengku Ibrahim berkata PAS menyerlahkan ketidakmatangan apabila menyatakan bahawa mereka mampu berdikari tanpa sokongan daripada sekutunya.

“Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PAS sudah hilang haluan dan tekad untuk menguatkan parti dalam kesibukan kancah perbalahan di antara ulama dan profesional,” tambah beliau.

Tengku Ibrahim berkata beliau akan melihat kepada keadaan semasa sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

 

Tinggalkan komen anda