Skip to main content
HomeViral

Warga Asing Lebih Ramai Ekoran Sambutan Merdeka

By 26 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 26  Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Imigresen menjangkakan kenaikan kemasukan warga asing minggu ini ekoran sambutan Hari Kemerdekaan ke 58 hujung bulan ini.

Wakil Jabatan Imigresen mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO bagi mengatur beberapa program menarik sempena sambutan bulan bersejarah itu.

“Minggu ini kami menjangka ramai warga asing akan datang untuk merasai pengalaman kemerdekaan di sini” katanya ketika dihubungi MalaysiaAktif

“Jabatan Imigresen bekerjasama dengan Kementrian Pelancongan sempena Year of Festival 2015, Kementrian Kesihatan, Badan-Badan NGO tertentu, jadi memang banyak aktiviti akan diadakan untuk menarik orang luar datang”

Dalam pada itu, beliau menyeru pihak terbabit supaya tidak mengganggu kelancaran sambutan hari tersebut.

“Kami harap perhimpunan Bersih hujung minggu ini tidak mengganggu sebarang aktiviti kemerdekaan yang diadakan”

“Diharapkan juga tiada kakitangan Jabatan Imigresen yang menyertai perhimpunan haram itu walaupun dianjurkan oleh sesiapa pun”

Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 kerana tidak memenuhi syarat notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Tinggalkan komen anda