Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ringgit Malaysia Tidak Diterima Di Makkah/Madinah Tidak Benar

By 26 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 26  Ogos (Malaysiaaktif) –Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf  Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa berita yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima di Makkah dan Madinah adalah tidak benar.

Beliau menyeru rakyat, terutama Jemaah haji supaya tidak terpengaruh dengan maklumat sebegini ekoran penafian Pengarah Operasi Haji.

“Ini merupakan fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran ringgit di Makkah dan Madinah,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Tabung Haji sentiasa menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai yang banyak kerana terdapat kemudahan menukar wang Riyal di Makkah dan Madinah.

 

Tinggalkan komen anda