Skip to main content
Home

Generasi Kini Perlu Teruskan Obor Pejuang Kemerdekaan – Najib

By 11 September 2015September 15th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 11 Sept  — Obor perjuangan kemerdekaan yang ditiupkan generasi terdahulu perlu diteruskan generasi kini untuk membentuk dan membangunkan sebuah negara yang maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata obor tersebut juga diyakini dapat diteruskan generasi kini khasnya orang muda melalui corak dan acuan pembangunan walaupun diuji pelbagai cabaran dan ujian dalam mendapatkan kejayaan yang diingini.

“Kita akan berdepan pelbagai yang lebih mencabar dalam memajukan Malaysia termasuk kemelut ekonomi dunia.

“Namun setiap yang datang ini akan menguatkan semangat dan iltizam kita…kerana itu saya yakin generasi hari ini mampu membawa kita ke puncak kejayaan yang kita harapkan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap sebelum melepaskan peserta Kayuhan Hari Malaysia 2015 di Dataran Merdeka Jumaat malam yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan sentiasa mencorak pelbagai program pembangunan sejak merdeka sehingga kini tetapi matlamat kesudahannya belum kesampaian lagi dan memerlukan kesinambungan dari generasi sedia ada.

Menurutnya kerajaan bercita-cita untuk membina dan membangunkan sebuah negara yang berjaya dan bukanlah sebuah negara yang gagal.

Program tersebut yang melibatkan kayuhan sejauh 38km melalui jalan-jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur yang julung kali diadakan di negara ini pada waktu malam.

Program yang julung kali itu adalah bagi mengisi sambutan Hari Malaysia 2015 yang bertujuan membina serta memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Melalui program ini, masyarakat Malaysia khususnya golongan muda akan lebih peka dan bertanggungjawab dalam mencapai sebarang maklumat melalui media sosial yang menjadi medium utama pada masa kini melalui kempen#TolakFitnahMediaSosial dan #SayaSayangMalaysia

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda