Skip to main content
Home

Jalan Dewa Bertukar Ceria Sempena Pesta Tanglung 2015

By 20 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Sani (Kedah)

SUNGAI PETANI, 19 Sept (Malaysiaaktif) – Bandar Sungai Petani  malam tadi ceria  dengan pelancaran Pesta Tanglung sempena Pesta Pertengahan Musim Gugur yang diraikan majoriti masyarakat Cina sejak lebih 1,000 tahun dahulu.

Juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan, ia diadakan pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar qamari, waktu bulan penuh dan paling cerah. Bulan penuh dijadikan simbol perpaduan kalangan kaum Cina.

Bersempena fenomena tersebut, keluarga Cina di serata dunia berkumpul sepanjang bulan ini sambil menikmati kuih bulan dan limau bali bagi meraikan keharmonian, kekeluargaan dan perpaduan.

Sehubungan itu, Karnival Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah diadakan bermula 18 hingga 19 September.

Tahun ini suasana di Jalan Dewa bertukar menjadi ceria dengan pelbagai hiasan, termasuk lukisan mural jalanan, bengkel batik, bengkel membuat tanglung, jualan amal, acara basikal berhias dan lain-lain.

Pelbagai persembahan kebudayaan turut diadakan pada sebelah malam dengan  acara kemuncak perarakan kereta berhias disaksikan lebih 3,000 orang.

Karnival Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah 2015 dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda