
GEORGETOWN, 28 Sept (Malaysiaaktif) — Penumpang Feri di Pulau Pinang terkejut apabila sebuah kapal selam muncul di laluan feri berhampiran dermaga Pelabuhan Pulau Pinang semalam.
Kehadiran Kapal Selam HMAS Sheean milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai apabila kelibatnya kelihatan terapung di laut.
Menurut laporan utaranews.com, kapal selam milik itu sedang dalam program latihan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia di sini dan akan berada di Pulau Pinang hingga 2 Oktober depan.
– Sumber utaranews.com