
Razaleigh berkata, kerajaan Pusat dan semua negeri kecuali satu diterajui kepimpinan Melayu termasuk penjawat awam, polis dan juga tentera.
“Raja-Raja juga adalah Melayu, jadi saya tidak tahu dari mana yang dikatakan adanya ancaman itu,” katanya.
Razaleigh berkata, beliau berharap perhimpunan baju merah itu diadakan dengan dan mempromosi perpaduan nasional yang penting untuk negara ini.