Skip to main content
HomeViral

Mayat Anthony Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit

By 15 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SUBANG JAYA, 16 Ogos — Selepas dua minggu, kes kehilangan Anthony Kevin Morais terjawab apabila polis menemui mayatnya dipercayai dalam tong konkrit di USJ1, di sini awal pagi Rabu.

Pasukan khas polis bergegas ke lokasi selepas memperoleh maklumat berkaitan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu sejak pukul 6 pagi ini.

Operasi yang dijalankan menemui mayat mangsa di kawasan paya bertentangan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wen di Jalan Subang 3 dekat sini.

Difahamkan mayatnya dimasukkan ke dalam guni yang diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong yang kemudiannya disimen dan seterusnya dibuang di paya berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah memotong tong berkenaan bagi mengeluarkan mayatnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik.  Sidang media berhubung kes berkenaan akan diberi oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada tengah hari Rabu.

Kali terakhir Morais dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta pada 4 September lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya menaiki Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Dilaporkan sekurang-kurangnya empat suspek mengekorinya sebelum menculiknya di Bangsar.

— The Star

 

Tinggalkan komen anda