Skip to main content
EkonomiHomeViral

Lester Gesa Polis Siasat Dana Sarawak Report

By 2 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh: Faris Fuad

PETALING JAYA, 2 Sept (Malaysiaaktif) – Bekas watawan, Lester Melanyi hari ini menggesa pihak polis menyiasat sumber dana utama operasi portal berita Sarawak Report.

Beliau mendakwa kos operasi portal yang berpusat berhampiran kawasan Trafalgar Square di London itu dipercayai mencecah RM 180,000 sebulan.

“Lester mendesak polis menyiasat penglibatan beberapa orang tokoh Malaysia, editor portal tersebut, Clare Brown dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata wakil beliau, Ramesh Rao dalam sidang media di Petaling Jaya Industrial Park hari ini

“Kami yakin beliau memberi wang kepada Clare sebab tak ada orang akan membuat kerja percuma di negara ini.”

Beliau yang juga Penasihat Minda dan Sosial Prihatin mempersoalkan kepentingan Editor itu berkaitan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita tau Clare bukan warganegara Malaysia, jadi apa kepentingan dia campur tangan dalam Malaysia?

“Kenapa dia beria-ria sangat? Kita tidak tahu, kecuali dia diupah,” kata Rao lagi.

Beliau turut berkata beliau dimaklumkan bahawa Bekas Eksekutif Pentadbiran Syarikat Minyak Arab Saudi, PetroSaudi International, Xavier Andre Justo telah menamakan tokoh tertentu, termasuk Clare dalam rancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya juga diberitahu Justo telah memberi senarai nama-nama VIP dari Malaysia yang telah berjumpa dan berunding dengan Clare bagaimana hendak memalukan Datuk Seri Najib menggunakan 1MDB.”

Sebelum ini, Lester Melanyi mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi susulan pendedahan pemalsuan dokumen 1MDB.

Tinggalkan komen anda