Skip to main content
HomeViral

Bahasa Korea Bahasa Antarabangsa Di Sekolah

By 2 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Hisham Shah

PUTRAJAYA, 2 Sept (Malaysiaaktif) – Hubungan dua hala dalam bidang pendidikan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Korea telah terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman dalam bidang pendidikan yang ditandatangani pada tahun 2011.

Lantaran itu satu majlis penyerahan guru sempena Korean Government Sponsored Volunteer Teachers Programme Republik Korea diadakan tengah hari tadi di Sekolah Sultan Alam Shah di sini.

Majlis disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Dalam ucapannya, Khair berkata 2015 tahun ke-55 jalinan diplomatik Malaysia Korea yang merupakan pemangkin kukuh kerjasama bagi manfaat kedua-dua negara.

Beliau juga menjelaskan bahawa minat yang meningkat terhadap Bahasa Korea sekarang selari dengan peningkatan pengaruh ekonomi Republik Korea masa kini.

“Gelombang Korea yang melanda negara menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda kita untuk lebih mengetahui tentang budaya, bahasa dan masyarakat Korea itu sendiri,” jelasnya.

Korean Government Sponsored Volunteer Teachers Program ini dilaksanakan dalam tempoh 11 bulan mulai 1 September 2015 melibatkan dua orang guru dari Republik Korea yang ditempatkan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dalam mendukung usaha kementerian menggalakkan pelajar mempelajari bahasa antarabangsa.

Turut sama hadir dalam majlis penyerahan ini adalah Duta Republik Korea ke Malaysia Cho Byungjae.

 

Tinggalkan komen anda