Skip to main content
EkonomiHomeViral

Rakyat Digesa Sokong Kerajaan Perangi Rasuah – TI

By 4 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 4 Sept  — Transparency International, gabungan global menentang rasuah, menggesa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk tampil dan menyokong usaha negara memerangi rasuah.

Ketua Unit Konvensyen, Transparency International, Gillian Dell berkata masyarakat boleh memantau dan menilai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, dan pada masa yang sama, membantu kerajaan untuk membanteras jenayah itu.

“Yang jelas banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Jelas sekali terdapat beberapa langkah diambil oleh kerajaan untuk memerangi rasuah secara serius.

“Kami amat mengalu-alukan sokongan Malaysia untuk memperjuangkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah (UNCAC),” kata beliau pada sesi bengkel pada Persidangan AntiRasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di sini Jumaat.

Malaysia menandatangani UNCAC pada 9 Dis 2003 (Hari AntiRasuah Antarabangsa) dan menerima pakai Konvensyen antirasuah pada 24 Sept 2008.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata setiap negara harus mencari penyelesaian dan cara sendiri untuk memerangi rasuah memandangkan setiap negara menghadapi masalah yang berbeza untuk ditangani.

“Memerangi rasuah bukan proses yang mudah. Kita perlu berbincang dan mengadakan sesi percambahan minda untuk melahirkan pelbagai langkah dan inisiatif sebagai langkah untuk bergerak ke hadapan,” kata beliau.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda