Skip to main content
HomeViral

Siri Jelajah Bijak Wang Kembali Di UTC Kuala Lumpur

By 4 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Hisham Shah 

PUTRAJAYA, 4 Sept (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Bijak Wang Siri Kedua akan berlangsung di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur Sabtu ini (5 September 2015), dalam usaha memberi penerangan serta pendidikan kepada masyarakat terhadap sistem pengurusan kewangan yang betul.

Sesi akan juga menawarkan khidmat nasihat berkaitan langkah pengurusan beban hutang dan  kepentingan sistem pelaburan yang bijak.

Antara aktiviti yang disediakan sepanjang program, termasuk taklimat pengurusan kewangan peribadi, pameran serta kaunter perkhidmatan agensi dan syarikat seperti Bahagian Pinjaman Perumahan, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, BNM Link, Bahagian Pencen JPA, CommerceDotCom Sdn Bhd, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kementerian Kesihatan.

Program anjuran AKPK ini sedikit sebanyak mendidik warga negara cara pengurusan kewangan ddengan betul.

Program yang telah menerima sambutan baik daripada warga Ipoh ketika siri pertama program itu berlangsung 22 Ogos lalu diharap dapat menarik untuk siri kedua ini.

 

Tinggalkan komen anda