Skip to main content
Home

Sesak 3 Jam Kerana Kemalangan Lori Bawa Thinner, Besi Buruk

By 26 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azrul Hassan (Pulau Pinang)

SEBERANG PERAI, 25 Sept (Malaysiaaktif) — Sebuah lori yang membawa besi buruk dan sebuah lori dengan muatan cecair thinner berlanggar menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga jam berhampiran Simpang Ampat di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.00 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk di laluan berkenaan kerana kenderaan terbabit merintagi laluan ke arah utara.

 

IMG-20150925-WA0011

 

 

Dua buah jentera bomba bersama empat orang anggota dari Balai Bomba Sungai Bakap dikejarkan ke tempat kejadian.

Penolong Pegawai Bomba, Mohd Khairul Anuar Kamaruddin, mengesahkan dua kenderaan dan dan dua orang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Pelanggaran menyebabkan lori yang membawa besi buruk terbalik, manakala lori dengan muatan cecair thinner tidak mengalami kebocoran dan hanya terbabas ke bahu jalan.

Kedua-dua pemandu hanya mengalami luka ringan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

 

Tinggalkan komen anda