Skip to main content
EkonomiHomeViral

“Tun Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin, ” Kata Zakwan

By 2 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

PETALING JAYA, 2 Sept (Malaysiaaktif) – Penasihat Undang-Undang, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sejak akhir-akhir ini.

Beliau berpendapat tindakan Tun sekarang bertentangan dengan apa yang pernah dipraktikkan beliau suatu ketika dahulu.

“Pihak berwajib harus menilai dan mempertimbangkan tindakan Tun Mahathir sejak akhir-akhir ini, termasuk tindakan dia berjumpa Clare, menggunakan media-media asing untuk melakukan sesuatu,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini

“Pada 1998, semasa ‘zaman’ Anwar Ibrahim, Tun membidas peranan media-media asing ini, jangan campur tangan, ini rumah tangga kami, kami yang menentukan negara kami.

“Tetapi, akhir-akhir ini sudah terbalik, perkara ini amat mengecewakan”

Beliau turut menyelar dakwaan bahawa pendedahan bukti berkaitan skandal 1MDB adalah untuk menjatuhkan maruah Mahathir.

“Kita tidak memburukkan Tun Mahathir, kita menghormati dia sebagai bekas Perdana Menteri, hormat jasa beliau kepada negara

“Ramai yang kecewa dengan tindakan beliau, dan saya tidak nyatakan, kami tidak nyatakan bahawa tujuan pendedahan adalah untuk memburuk-buruk Tun Mahathir – tidak sama sekali,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mengesahkan terdapat bukti bahawa Mahathir menelefon Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Sementara itu, Tun Mahathir telah menjelaskan persoalan mengapa dia menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad dalam blog beliau, chedet.cc .

Beliau mengaku pernah melakukan apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak dengan mengatakan dia membelakangi pendirian sendiri mengenai demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Bagaimana pun, Mahathir mendakwa semua jalan untuk menurunkan Najib secara sah dan teratur sudah ditutup kerana kononya pihak-pihak yang ditugaskan untuk menyiasat sudah disekat atau diberhentikan.

 

Tinggalkan komen anda