Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ramesh Dakwa Wujud Rekod Perbualan Mahathir dan Clare

By 2 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

PETALING JAYA, 2 Sept (Malaysiaaktif) – Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa perbualan telefon antara Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah direkodkan.

Beliau berkata rakaman itu direkodkan di London oleh pegawainya sendiri.

“Semua panggilan keluar masuk di pejabat Clare direkodkan, termasuk perbualan dengan Mahathir,” katanya dalam sidang media hari ini.

“Bila Mahathir masuk, perbualan itu telah dirakam oleh seorang kakitangan Clare yang bertugs dengan Radio Free Sarawak di London,” katanya lagi.

Penasihat Undang-Undang, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari, berkata sebarang siasatan berhubung rakaman itu telah diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, “ Rakaman berkenaan kita serahkan kepada pihak polis, jadi kalau kita yang memaklumkan kepada pihak wartawan perkara ini tidak akan menjadi satu siasatan.”

“Kami telah memberi maklumat mengenai siapa memegang rakaman, biar polis dapatkan rakaman tersebut. ”

Tinggalkan komen anda