Skip to main content
EkonomiHomeViral

1MDB Tidak Buat Salah Bawah Akta Kawalan Tukaran Wang

By 13 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) — Syarikat pelaburan kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, kata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Beliau berkata, 1MDB hanya perlu mengisi borang-borang yang relevan dan memberi respon kepada soalan-soalan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sekiranya BNM tidak meminta dikemukakan maklumat spesifik, bagaimana 1MDB boleh dipersalahkan, memandangkan mereka hanya mengisi borang seperti yang diperlukan dan memberi respon kepada soalan-soalan yang dibuat.

Bercakap dalam satu  sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini, Apandi berkata 1MDB “mengemukakan segala maklumat seperti dikehendaki” bagi tujuan penghantaran.

Beliau berkata 1 MDB telah mendapatkan tiga kebenaran daripada BNM untuk membuat penghantaran, iaitu pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

“Bank Negara tidak melebihi tiga hari untuk memberi kebenaran pada ketiga-tiga tarikh tersebut.

Apandi berkata,  borang berkaitan bagi tujuan ini tidak memerlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.

Tambah beliau lagi, kesalahan yang didakwa berlaku dan seterusnya disiasat oleh BNM ialah Perenggan (4)(b) Bahagian 1Jadual 5 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, iaitu dengan sengaja atau melulu membuat kenyataan yang palsu dalam suatu butiran.

 

Tinggalkan komen anda