Skip to main content
HomeViral

Lelaki Pukul Pekerja Asing Cuci Kereta Ditangkap

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Lelaki yang dikatakan memukul seorang pekerja warga asing hingga menyebabkan hidungnya patah telah ditangkap polis.

Lelaki dalam usia linkungan 30an itu ditangkap di Damansara semalam.

“Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecerderaan serius,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Abdul Samah juga berkata polis sedang dalam proses memohon mendapatkan perintah reman.

Sabtu lepas, tersebar klip video CCTV memaparkan seorang lelaki memarahi dan memukul seorang pekerja warga asing yang berada di bahagian hadapan sebuah kenderaan jenis SUV dengan memegang kain pencuci.

Menurut pemilik tempat cuci kereta berkenaan, Atie Abdul Hamid, yang memuat naik video tersebut, lelaki itu telah memerahi pekerja itu kerana kononnya mengotorkan keretanya.

Beliau mendakwa lelaki tersebut juga enggan membayar untuk perkhidmatan mencuci keretanya dan sebaliknya meminta ganti rugi sebanyak RM1,000.

Atie juga mendakwa pekerja warga asing itu ditampar sekali lagi di lokasi lain hingga menyebabkan pendarahan tanpa henti.

Setelah dibawa ke klinik, pekerja tersebut dirujuk ke hospital di mana doktor mengesahkan bahawa hidungnya patah.

Menurut Atie, pekerja itu masih berada di hospital.

 

Tinggalkan komen anda