Skip to main content
HomeViral

Ketampakan Rendah Kurang 3km Berterusan Sehingga Khamis

By 19 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 19 Okt  — Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di sekitar perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching dan Tawau dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Perairan berkenaan termasuk dalam 17 kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101, setakat 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal.

Keadaan sama turut berlaku di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Sulawesi.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda