Skip to main content
Berita TempatanSabah

Belia Papar Berselawat Sempena Maal Hijrah 1437

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh Mohd Rajali Dinshah & Zuraidah Ahmad (Sabah)

PAPAR, SABAH, 29 Oktober 2015 (Malaysiaktif) – Muslimin dan muslimah di sekitar Daerah Papar dijemput sama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437 Hijrah Peringkat Daerah Papar di Dewan Dato Salleh Sulong, mulai pukul 1.00 petang Ahad ini.

Menurut kenyataan daripada pejabat Ahli Parlimen Papar, program berkenaan merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Syukbah Belia Masjid Daerah Papar dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar.

Turut diadakan, Program Belia Papar Berselawat yang akan berlangsung pada pukul 8.00 malam di lokasi sama esok (Jumaat).

Lima buah kumpulan qasidah akan ditampilkan iaitu, kumpulan Qasidah Al-Muttaqeen; Kg. Kelanahan; Kg. Sungai Padang; Kg. Buang Sayang dan Kumpulan Qasidah Assobirin Kg. Takis.

?Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

 

 

Tinggalkan komen anda