Skip to main content
Berita TempatanSabah

Youth Downtown Di Papar Hujung Minggu Ini

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Mohd.Rajali Dinshah & Zuraidah Ahmad (Sabah)

 PAPAR, SABAH, 29 Oktober 2015 (Malaysiaktif) – Golongan belia dipelawa menghadiri Program Youth Downtown Siri 1 2015 di Dewan Terbuka Tapak Tamu Minggu Papar, Sabtu dan Ahad ini.

Pelbagai acara diadakan, seperti Persembahan 24 Live Band Giks, Tamiya, Borneo Jumpers, Hot Wheels, Drone, Skate Comp, BMX Bike Showcase dan Walkabout Booth.

Menurut siaran media yang dikeluarkan pada Khamis, program ini  memberi peluang kepada para usahawan muda, komuniti pengiat seni dan kreatif serta para golongan belia mengetengahkan hasil produk dan inovasi menerusi pembukaan baazar yang mula diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun ini di Kuala Lumpur.

Program anjuran Kerajaan Negeri Sabah bersama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri dan Stesen Radio dalam talian Online F.M ini dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

 

Tinggalkan komen anda