Skip to main content
HomeKedah

Negara ASEAN Akui Usaha Tangani Dadah Amat Sukar – TPM

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LANGKAWI, 29 Okt — Negara-negara ASEAN mengakui usaha untuk menangani dadah adalah amat sukar dan memerlukan bukan sahaja kenyataan-kenyataan keras tetapi tindakan yang berkesan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata sehubungan itu sasaran untuk melihat rantau ini bebas daripada ancaman dadah pada tahun ini merupakan suatu “fatamorgana” atau ilusi.

Beliau berkata ASEAN perlu mengakui sasaran yang dirangka dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Tentang Dadah (AMMD) pada 2008 itu telah gagal dicapai.

“Realiti yang harus dihadapi adalah soal dadah (sasaran bebas dadah) tidak mempunyai tempoh tertentu ditetapkan dan perlu mengambil langkah jangka panjang.

“Kami (mesyuarat AMMD 2015) telah mengambil keputusan, hasrat untuk mencapai sifar dadah tahun ini adalah suatu fatamorgana atau ilusi yang mustahil untuk dicapai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan AMMD ke-4 di sini Khamis.

 

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda