Skip to main content
HomeViral

Kit Siang Digantung Enam Bulan Daripada Sidang Parlimen

By 22 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) –Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada persidangan parlimen berikutan enggan meminta maaf selepas menuduh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak secara diktator yang akan berkuatkuasa hari ini.

Hal itu diumumkan Pandikar selepas keputusan undian yang dibuat menyaksikan 107 Ahli Parlimen menyokong dan 77 Ahli Parlimen yang lain menolak.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada rakan-rakannya yang telah menyokong beliau dalam parlimen.

“Saya berasa sedih kerana perhatian diberikan lebih kepada isu ini berbanding isu-isu yang lebih besar seperti 1MDB,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said walaupun pada mulanya diberi arahan untuk menarik semula usul tersebut selepas kekecohan berlaku pada persidangan semalam.

Namun, Azalina bertindak menghantarnya semula  selepas Kit Siang tidak menarik semula kenyataan mahupun meminta maaf kepada Pandikar.

“Lim Kit Siang diberi tempoh sehingga 11.30 pagi ini untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia atau berdepan penggantungan enam bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat,” katanya hari ini.

Selepas undian dibuat tempoh hari, Kit Siang menyelar tindakan Pandikar yang dilihat sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Lantaran itu, Pandikan meminta Kit Siang memohon maaf tanpa syarat dan menarik semula kenyataan yang mengatakan beliau seorang diktator dan mensabotaj siasatan terhadap 1MDB.

 

Tinggalkan komen anda