Skip to main content
HomeViral

Jerebu: Sesi Persekolahan Tidak Perlu Diganti – Mahdzir Khalid

By 4 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 4 Okt  — Sessi persekolahan di sekolah-sekolah yang ditutup akibat jerebu tidak perlu diganti, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata keputusan itu diambil untuk tidak membebankan pihak pengurusan sekolah menggantikannya dengan hari yang lain.

Dalam satu kenyataan Mahdzir meminta semua guru yang terlibat menggunakan budi bicara masing-masing bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh sssi persekolahan 2015.

Beliau turut memaklumkan bahawa peperiksaan awam akan tetap diteruskan mengikut jadual sekiranya keadaan jerebu masih berpanjangan.

Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 12 hingga 15 Okt ini, Sijil Pelajaran Malaysia (2 Nov hingga 8 Dis), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari 19 hingga 27 Okt.

“Peperiksaan adalah aktiviti yang berlaku di dalam bangunan dan tidak dianggap sebagai aktiviti luar. Justeru, peperiksaan akan diteruskan walaupun sekolah ditutup setelah bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) mencapai lebih daripda 200,” katanya.

Mahdzir berkata penangguhan peperiksaan awam adalah pilihan terakhir sekiranya bacaan IPU mencapai 500 iaitu tahap berbahaya kepada kesihatan dan darurat diisytiharkan oleh kerajaan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah menutup 4,561 buah sekolah di sembilan negeri melibatkan 2,617,432 murid kerana bacan IPU mencecah bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat sejak 15 hingga 30 Sept lepas.

Beliau berkata sembilan negeri yang terlibat itu ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrjaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sarawak dan Perak.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan jerebu dan tidak akan berkomproni dengan mana-mana perkara yang boleh memudaratkan kesihatan murid-murid.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda