
Oleh Suhairi Ishak (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 27 Okt ( Malaysiaaktif ) — Johor menjadi juara perlumbaan akhir kejohanan Tanjung Pinang International Dragon Boat Race 2015 di Sungai Carang Tanjung Pinang, Indonesia semalam.
Pelajar Sekolah Sri Tebrau Johor Bahru dari Skuad Gemilang 2020 Majlis Sukan Negeri (MSDN) Negeri Johor )Norkiasah Zaenuddin, 16 muncul uara Acara Kayak K1 Putri 500 meter dengan membawa pulang hadiah wang tunai 3 juta rupiah.
Tempat kedua dimenangi oleh pelajar SMK Aminnuddin Baki Johor Bahru yang juga anggota Skuad Gemilang 2020 MSN Negeri Johor, Nurul Najieha Zulkifli,15.
Dia mendapat tempat kedua acara Kayak K1 Putri 500 meter dan membawa pulang hadiah wang tunai 2juta 500 ribu rupiah.
Ahmad Shafiee Abd Jabar,24, menjadi juara acara Kayak K1 Putra 500 meter dan membawa pulang 3juta rupiah.
Sementara itu, pasukan perahu naga Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) kalah ditangan Podsi Sarolangun Jambi.
Acara akhir 500 meter perlumbaan di perairan Sungai Carang Tanjung Pinang memperlihatkan penguasaan pasukan Jambi yang pertama kali menyertai pertandingan ini.
Pasukan itu mengalahkan pasukan Siak, Batam dan PDRM. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12 ribu dan sebuah piala pusingan.