Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (KDMDI) Ke-16 Di Jakarta

By 28 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Rosidah Saarani (Melaka)

JAKARTA,  27 Okt (Malaysiaaktif)  – Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (KDMDI) merupakan agenda tahunan DMDI yang diselenggarakan di lokasi berbeza setiap tahun. Perkampungan dan konvensyen merupakan kegiatan yang tidak dapat dipisahkan oleh DMDI sejak penubuhannya pada 14 Oktober 2000 dengan matlamat menyatukan bangsa Melayu Islam di seluruh dunia.

Tahun ini, delegasi DMDI Malaysia menghadiri konvensyen ini yang diadakan di Jakarta. Konvensyen dua hari yang bermula 26 hingga 28 Oktober diketuai oleh Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku presiden.

 

20151027213533 (1)

 

Pelbagai pembentangan kertas kerja disusun bagi mengkaji pelaksanaan kemajuan resolusi-resolusi sepanjang tahun serta menganalisis  isu-isu terkini berkaitan pembangunan Melayu-Islam di seluruh dunia, khasnya di kalangan negara-negara anggota DMDI.

Konvensyen kali ini dihadiri seramai  1000 peserta daripada 19 negara anggota, termasuk Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina. Majlis perasmian semalam disempurnakan oleh Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR RI),Dr. Zulkifli Hasan.

Antara yang hadir,  Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri  Idris Haron dan isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,  Datuk Wira Hj. Naim  Abu Bakar, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Hj. Othman Muhamad.

 

Tinggalkan komen anda