Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Pembinanan Stadium Negeri : Janji Tinggal Janji

By 30 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Shahilawati Wan Baharuddin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 29 Okt (Malaysiaaktif)  — Projek pembinaan Stadium Negeri Kelantan yang membabitkan kos jutaan ringgit kini hanya tinggal janji, diibaratkan angan-angan Mat Jenin. Sehingga kini masih belum ada sebatang tiang pun didirikan.

Majlis pecah tanah tapak stadium itu dirasmikan pada 30 Mac 2013 oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan hingga ke hari ini tapak stadium berkenaan hanya di penuhi semak samun.

Semasa tinjauan dilakukan, tiada jentera berat mahu pun manusia yang melakukan kerja-kerja pembinaan.Persoalannya sekarang, sejauh mana komitmen Kerajaan Negeri dalam menjadikan projek mega ini suatu realiti.

 

Tinggalkan komen anda