Skip to main content
HomeViral

Polis Beri Amaran Anjuran Program Seks Dengan Robot

By 15 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2015 (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak penganjur dan individu- individu yang merancang menganjurkan program sex dengan robot bulan hadapan di Johor.

“Saya memberi amaran kepada orang ini, jangan nak mengarut, jangan cuba membuat satu perkara yang abnormal di negara ini. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap orang sebegini.” kata beliau  semasa  majlis penyampaian Surat Penghargaan Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sime Darby Convention Centre, Mount Kiara Selasa lepas.

Malah menurut beliau sikap membawa budaya songsang luar negara ke dalam negara merupakan satu kesalahan dan ia diharamkan di sini.

Menurut sumber daripada laman web news.com.au, program  sex dengan  robot ini dijadualkan berlansung pada 16 hingga 19 November.  Program tersebut akan dipengerusikan oleh seorang  pensyarah daripada  City  University  London, Profesor Adrian Cheok dan CEO Inteligent Toys Limited,  Dr.David Levy. Program ini dikatakan untuk tujuan membincangkan mengenai emosi robot, pengklonan robot, personaliti robot dan perisian robot secara terperinci.

 

Tinggalkan komen anda