Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Azam Kerja Muafakat Johor Bantu Belia/OKU

By 16 Oktober 2015Oktober 19th, 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zahid Othman (Johore Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai tiga orang peserta Program Azam Kerja Muafakat Johor menerima bantuan peralatan sempena Majlis Pelancaran Hari Terbuka Modal Insan Negeri Johor dan Pelepasan Konvoi Kembara Johor Untuk Johor 2.0.

Salah seorang penerima, Zulkifli bin Mohd Yusof, 24 , yang berasal dari Kota Tinggi berkata  beliau amat bersyukur apabila diberikan bantuan peralatan berupa mesin pencetak.

“Saya menceburi perniagaan pencetakan ini sejak 2014, dan dengan bantuan mesin ini saya boleh mencetak baju atau cawan dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan.”

“Mesin seperti ini mahal. Harganya mencecah RM5,000 lebih. Saya tidak mampu untuk beli sendiri. Sebab itu saya amat bersyukur dengan pemberian ini dan berharap program ini diperbanyakkan lagi,” jelas beliau.

Tan Jit Chong, 39,dari Kahang, Kluang, menerima bantuan peralatan berupa sebuah mesin fotostat.

Beliau yang merupakan seorang OKU cacat sebelah mata dan kaki kiri, berkata beliau ingin membantu bapanya yang meniaga air di tepi jalan untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga, walaupun dirinya sendiri dalam keadaan kurang upaya.

Dengan mesin fotostat ini, beliau boleh mencari upah melalui khidmat fotostat.

Rishanti a/p Ramesh, dari Tangkak, pula menerima peralatan fotografi untuk perniagaan solekan dan kecantikan yang disuahakannya sendiri.

Program Azam Kerja Muafakat Johor merupakan inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor,  R. Vidyananthan a/l Ramanadhan, yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan tambahan bagi meningkatkan taraf hidup keluarga.

 

Tinggalkan komen anda