Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

30 Buah Negara Sertai Rainforest Challenge (RFC) 2015

By 29 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sazaki Abdul Rahman & Hairidz Fahmi Abd Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Malaysiaaktif) — Sebanyak 120 buah kenderaan pacuan empat roda beraksi bagi merebut kejuaraan Rain Forest Challenge (RFC) 2015 yang berlangsung di Negeri Sembilan mulai semalam hingga 7 Disember.

Sebanyak 35 pasukan yang disertai 400 peserta terdiri dari 30 buah negara benua Eropah dan Asia, termasuk Poland, Itali, Korea, China, Singapura dan Malaysia dipersembahkan kepada orang awam di Publica, Solaris Dutamas Jumaat lepas.

Acara lasak cabaran ini akan berlangsung di trek Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Jelebu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan penganjur, lokasi pertandingan akhir ini merupakan yang 10 terbaik di dunia kerana hutan hujan yang sangat mencabar, keadaan bentuk muka bumi semula jadi dan keadaan cuaca yang sukar diramal.

Menurut kenyataan itu juga beberapa pasukan terbaik tempatan dan luar negara turut menyertai penganjuran RFC kali ke-19 ini, antaranya Red Jeep Alert, West Russian Champion, Desert Warrior.

Cabaran RFC 2015 telah berlangsung di Negara China, India, Timur dan Barat Rusia, Vietnam, Mexico, Selatan Korea dan Thailand dan sebelum berakhir di Malaysia.

Kesemua pasukan bertolak ke Seremban dengan majlis pelepasan dilakukan oleh Luis J.A. Wee iaitu pengasas acara RFC.

 

Tinggalkan komen anda