Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Banjir: 166 Orang Dipindahkan Sekitar Changkat Jong

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Alihanafiah (Teluk Intan)

TELUK INTAN, 18 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 166 orang daripada 51 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir yang berlaku di Changkat Jong di sini pada Selasa.

Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Batu 8 pada kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurut seorang mangsa yang hanya dikenali dengan nama Zainon, 54, berkata banjir kerap berlaku di sekitar kawasan Lorong Mesra, Batu 9, Lorong Kedah dan Kampung Baru Batu 8. Beliau berkata pada tahun lepas beliau dan keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sebanyak tiga kali dari November hingga hujung tahun.

Seorang lagi mangsa, Mohd Yusuf Man, 73, berkata beliau turut mengalami banjir hampir setiap tahun, sejak mula menetap di Lorong Mesra kira-kira 20 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, beliau yang mengalami masalah kesihatan berasa lega kerana khidmat pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah turut diberikan di pusat tersebut.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, Idris Sharizat mengesahkan bahawa pihaknya telah menyediakan kit keperluan asas dan kebersihan kendiri kepada mangsa banjir yang terdiri daripadaΒ  tiga Orang Kurang Upaya, dua wanita mengandung dan 13 orang warga emas.

 

Tinggalkan komen anda