Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

Berbaloi Penyediaan Bubur Asura Terbaik Menang RM2,000

By 7 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Tasyhia Abdullah (Setiu)

LANGKAP,SETIU, 7 Okt (Malaysiaaktif) — Sebanyak 37 kawah bubur asyura dimasak dan diagihkan kepada penduduk kawasan Langkap.

Acara yang bermula seawal jam 7.30 ini menarik minat penduduk kampung sekitar untuk turut serta, terutama dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai bagi pemenang.

Johan pertandingan Kacau Bubur Asyura dimenangi oleh Kampung Chalok Barat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000. Naib Johan, Kampung Sungai Lerek dan tempat ketiga, Kampung Sungai Tong yang masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM1000.

2015-11-07 17_08_00-Start

Selain mencari penyediaan Bubur Asyura paling enak, acara ini juga memupuk sikap bergotong royong dalam masyarakat kampung.

Program tahunan ini di bawah kelolaan Penyelaras DUN Langkap.

 

Tinggalkan komen anda