Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganuViral

Orang Kampung Pulau Rusa Hulu Gembira Terjun Sungai Hari Ini

By 7 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 7 Okt (Malaysiaaktif) — Penduduk Kampung Pulau Rusa Hulu dan Wakaf Mempelam amat teruja hari ini apabila digalakkan untuk terjun ke pesisir Sungai Terengganu.

Mereka bukan sengaja terjun tanpa tujuan, tetapi sebagai peserta pertandingan mencari ‘etok-etok’ yang dibahagikan kepada kategori individu dan kategori berkumpulan keluarga.

20151106221519

Kategori berkumpulan keluarga yang paling riuh rendah menerujakan suasana di pesisir sungai ini apabila hampir setiap anggota keluarga yang mengambil bahagian menyerbu ke sungai untuk mengutip sebanyak mungkin ‘etok-etok.’

‘Etok-etok’ ialah hidupan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin. Pemandangan orang kampung meredah air sungai untuk mencari ‘etok-etok’ adalah senario kebiasaan pada setiap tahun di negeri Terengganu dan Kelantan.

‘Etok-etok’ kebiasaanya disalai dan dicampurkan ramuan tertentu, seperti serai mengikut resepi kampung, selain digunakan dalam masak lemak.

Pertandingan hari ini diadakan sebagai mengambil kesempatan air di pesisir Sungai Terengganu (muka Kuala Pulau Rusa) yang tidak terlalu dalam.

Program tersebut anjuran bersama DUN Wakaf Mempelam, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pulau Rusa Hulu.

Ia di rasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Wakaf Mempelam, Salleh Othman.

 

Tinggalkan komen anda