Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabahViral

Penjualan Rokok Seludup Di Sabah Semakin Meningkat

By 7 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 7 November 2015, (Malaysiaktif) – Isu kenaikan harga rokok bukan perkara baharu. Ia diperkatakan setiap kali kerajaan membentangkan Bajet.

Melalui tinjauan di beberapa buah daerah di sekitar negeri Sabah, walaupun pelbagai reaksi diperoleh, namun isunya tetap sama, iaitu peningkatan sambutan terhadap rokok seludup.

Di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan penjualan rokok seludup sudah tidak asing lagi dan kesan daripada kenaikan harga rokok yang hangat diperkatakan menyebabkan permintaan semakin meningkat.

2015-11-07 18_08_53-Start

Penjaja rokok seludup sedang menunggu pelanggan.

Di Kota Kinabalu, walaupun masih tidak terdapat premis-premis menjual rokok menaikkan harga tetapi permintaan terhadap rokok seludup sudah pun meningkat.

Keadaan yang sama juga berlaku daerah-daerah lain, seperti Keningau dan Putatan di mana peningkatan penjualan rokok ini amat ketara sekali.

2015-11-07 18_08_13-Start

Mereka berada di mana-mana selagi ada permintaan…

Tinjauan mendapati penjualan rokok ini dijalankan secara berkumpulan di tempat-tempat strategik , seperti di stesen bas mini, teksi dan di kaki-kaki lima premis sekitar pekan.  Selalunya penjualan dibuat secara terus oleh kaum wanita atau kanak-kanak.

Yang membimbangkan apabila bilangan penjaja haram rokok diseludup semakin bertambah kerana pulangan lumayan.

Masyarakat hari ini mula risau kerana jika keadaan tidak dikawal oleh pihak berkuasa tempatan, ia boleh mengancam keselamatan di negeri ini.

Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh orang ramai, termasuk jika niat kerajaan menaikkan harga rokok di pasaran bertujuan memberi tekanan kepada perokok, maka secara tidak langsung ia juga membuka ruang kepada penjualan rokok seludup yang lebih meluas dan sekali gus menimbulkan  ancaman-ancaman lain di negeri Sabah.

___________________________________________

— Laporan oleh Tseu Chung Yee, Wenny Di tian Soh, Roslan Rungan, Stephen Jipolin Jouti,
Ahmad Faizal Jamil, Chong Jakol@ John, Hazlysyam Hj.Raya (Sabah)

Tinggalkan komen anda