Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Empangan Mengkuang Dinaik Taraf Oleh Kerajaan Pusat

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anuar Ashaari, Mohd Zahari Zakaria & Hanafi Sariman (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Malaysiaaktif) — Empangan Mengkuang yang terletak dalam Daerah Seberang Perai Tengah merupakan pusat tadahan air yang penting kepada penduduk Pulau Pinang.

Selain berfungsi sebagai  empangan ia juga dijadikan sebagai pusat rekreasi yang popular di daerah ini. Namun begitu, ketika ini empangan terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembesaran.

Projek pembesaran empangan yang kini siap 70 peratus, melibatkan kos sejumlah RM1.2 bilion dan dijangka siap sepenuhnya pada 2017.

20151113223123

Apabila siap kelak, Empangan Mengkuang berkeupayaan menampung sebanyak 73.5 meter padu berbanding 22 juta meter padu sebelum ini.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengaliran air mentah ke Loji Air Sungai Dua dari 300 juta liter sehari kepada 600 juta liter sehari sehingga 2020 dan seterusnya.

Apabila siap kelak, empangan ini akan diserahkan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Projek naik taraf bermula pada 2011 dengan ketinggian tebing empangan 56.6 meter persegi bersama parameter keseluruhan 11 kilometer dan keluasan tapak 3.4 km persegi.

Semalam, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman mengadakan lawatan ke projek tersebut dan kemudian memberikan taklimat kepada wakil-wakil media.

 

Tinggalkan komen anda