Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

Tangkap Ikan Guna Phong Phang Cara Bederau Di Kedah

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG,12 Nov (Malaysiaaktif) — Phong Phang merupakan satu alat menangkap ikan yang unik.Walaupun ada yang mengatakan ia berasal dari Kelantan dan Burma, namun dakwaan itu tidak dapat dibuktikan secara jelas.

Bagi Ahmad Abdullah, 62, penangkapan ikan menggunakan phong phang ini adalah antara kaedah tradisional dalam kalangan masyarakat Siam dan Melayu untuk menangkap ikan yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.

20151112032448 (1)

Salah seorang pembuat phong phang, Shakud Md Taib, 70, menjelaskan bahawa kaedah membawa turun phong phang ke dalam air memerlukan dua atau tiga orang. Ia memerlukan air yang laju dan hanya sesuai selepas hujan lebat.

Katanya lagi, hasil menggunakan kaedah ini memang berbaloi memandangkan semua jenis ikan terjerat masuk.

20151112032448 (4)

Hamiron Shakud, 38 amat gembira dengan hasil tangkapan menggunakan cara ini yang kadang kala boleh mencecah hingga 30 kilogram pelbagai jenis ikan. Beliau yang menjadikan menangkap ikan ini sebagai hobi mengambil masa dari dua hingga tiga jam sebelum menangkat phong phangnya.

Kaedah menangkap ikan menggunakan phong phang secara tradisi selari dengan budaya bederau (tolong menolong) dalam masyarakat Kampung Desa Lestari KEDA Asam Jawa di sini.

20151112032448

20151112032448 (5)

 

 

Tinggalkan komen anda